Syahrul Nasir berbual dengan seorang lelaki OKU yang diselamatkan dalam operasi. Gambar kanan: Warga asing ini kini dalam siasatan pihak imigresen. |
Lelaki terbabit yang berusia 56 tahun dan berkerusi roda itu berkata, dia meminta bantuan rakan untuk menghantarnya ke bazar di sini.
“Saya baru tiga hari berada di bazar tu, selalu minta tolong kawan-kawan hantarkan.
“Saya dah bercerai dengan isteri dan sejak itu saya tinggal bersama adik di Jalan Datuk Kumbar,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kelmarin.
Menurutnya sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori sebelum kedua-dua kakinya patah dalam kemalangan beberapa tahun lalu.
“Saya dah tak ada upaya nak kerja sebab kedua-dua kaki saya tak berfungsi lepas kemalangan," katanya.
Hasil pemeriksaan pegawai JKM mendapati, lelaki berkenaan menerima bantuan RM200 daripada JKM Kulim di bawah OKU Bantuan Tidak Berupaya Bekerja.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais berkata, seramai dua lelaki tempatan, seorang wanita bersama anak perempuannya berusia dua tahun dan seorang warga asing diselamatkan dalam operasi kali ini.
Menurut Syahrul Nasir, aktiviti pengemisan sekarang bukan lagi atas desakan hidup sebaliknya sebagai kerjaya dan sumber pendapatan.
“Pihak tertentu seperti sindiket pengemisan menjadikan aktiviti ini sebagai alternatif hidup mewah,” katanya.
Katanya, orang ramai diminta berwaspada dan menggunakan saluran yang betul untuk menderma.
Sumber: Sinar Harian