Omar Mateen |
ORLANDO – Suspek pembunuhan 50 orang pengunjung sebuah kelab gay di Orlando, Amerika Syarikat (AS), Omar Mateen dikatakan nekad menyerang kelab itu setelah melihat dua lelaki bercium mulut di hadapan keluarganya di Miami, dua bulan lalu.
Alasan Omar melakukan pembunuhan di kelab gay itu didedahkan ayahnya Seddique Mateen ketika diwawancara rangkaian NBC News.
Omar Mateen menyerbu kelab malam Pulse di Orlando, Florida kira-kira pukul 2.00 pagi waktu tempatan. Selain 50 orang terbunuh, seramai 53 orang lain cedera.
Seddique Mateen yang terkejut dengan tindakan nekad anak lelakinya meminta maaf secara terbuka atas pembunuhan tersebut.
“Kami meminta maaf untuk seluruh kejadian. Kami tidak menyedari atas tindakan yang dia ambil.
“Kami terkejut dengan seluruh warga negara. Ini tidak ada hubungannya dengan agama,” katanya.
Omar Mateen, 27, adalah warga negara AS keturunan Afghanistan yang tinggal di Port St Lucie. Sebelum bertindak ganas, dia menghubungi talian kecemasan 911 dan bersumpah setia pada kumpulan ISIS. – Kedahnews.com