Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub |
KUALA KANGSAR - Pakatan Harapan mahu mempelawa PAS kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan gabungan parti pembangkang kembali utuh.
"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.
“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat PAN Kuala Kangsar di sini, kelmarin.
Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.
Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN di Parlimen berkenaan.
"Jika PAS tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi PAS perlu ikhlas," katanya.
Kor Ming turut mendakwa 300 pengundi yang dikenalpasti penyokong setia DAP yang berhasrat mengundi calon PAN telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Padang Rengas.
Beliau yang juga ahli Parlimen Taiping turut menegaskan tindakan tidak adil SPR itu adalah salah satu sebab undi Amanah berkurangan.
"Kita juga dapat tahu ke semua mereka tidak dimaklumkan tentang perubahan berkenaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian