MENURUT Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan di media sosial semasa berada di bulan ramadhan bukanlah perkara yang haram tetapi ada ulama mengatakan jangan bersikap terlampau menayang gambar makanan ketika sedang berpuasa.
“Bukanlah haram jika memuatnaik gambar kerana Rasulullah bersabda, kalau kita beli makanan atau masak dan kemudian jiran kita terhidu baunya, sunat kita berikan kepada jiran jika jiran merupakan orang senang. Jika jiran kita kelaparan, maka hukumnya wajib.
“Gambar merupakan kias. Bukan haram tetapi janganlah terlalu menunjuk sebab bukan semua orang mampu membeli apa yang kita tayangkan.
“Nak kata haram, saya tak berani,” katanya di program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Mengulas tentang hukum mengambil resepi orang lain di media sosial, Ustaz Azhar mengatakan bahawa bergantung kepada tiga situasi

Ia merujuk kepada pemilik resepi mengizinkan, secara jelas tidak mengizinkan atau yang ketiga dipanggil ‘uruf’ yang jika dimuatnaik ke media sosial biasanya memang untuk dikongsi. -Kedahnews.com