Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub |
KUALA KANGSAR - PAS disindir Parti Amanah Negara (PAN) ekoran parti itu dikatakan hanya bergantung pada "redha Allah SWT" untuk menang pilihan raya dan tidak mempedulikan undi dari masyarakat bukan Islam, khususnya bangsa Cina.
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata, PAS tidak realistik untuk memenangi pilihan raya kerana hanya mengharapkan "redha Allah" dan bergerak sebagai parti solo, tanpa sekutu seperti PAN.
"Taknak kawan dengan DAP, sudah tak apa.. Dia nak sorang-sorang, biar dia... PAS sorang-sorang tak menang.. Betul tak?
"Kita buat macam-macam, kita buat retreat nak menang macam mana.. Nak undi Cina berapa, kita panggil pakar buat research, apa strategi kita nak dapat undi Cina..
"Tiba-tiba bila dah siap semua sekali.. Haaa tak payah undi Cina, kita (PAS) menang dengan redha Allah SWT.. Tak bolehlah macam tu," ujar Salahuddin, menghentam bekas partinya bertalu-talu di pekan Manong.
Salahuddin menegaskan bahawa PAS tidak akan mampu menang pilihan raya dengan pendirian tersebut berbanding PAN yang kini membentuk sekutu bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Harapan. -Kedahnews.com