Pembunuh Anak Sendiri Maut Dibelasah Dalam Penjara

Victor Castigador
SEORANG lelaki yang telah membunuh anak kandungnya yang berusia tiga tahun, maut dibelasah di dalam penjara oleh seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membakar dua pengawal keselamatan.

Serangan itu dilaporkan berlaku pada 9.20 pagi di penjara Long Lartin di Worcestershire dengan mangsa dikenali sebagai Sidonio Teixeira.

Dia mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sidonio dipenjarakan seumur selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya dan cuba membunuh seorang lagi anaknya yang berusia sembilan tahun pada 2007.

Manakala banduan yang membelasahnya pula dikenali sebagai Victor Castigador, yang ditahan selepas membunuh dua pengawal keselamatan dalam satu kes rompakan pada 1989.

Dalam kes berkenaan, dia telah mencurahkan minyak tanah ke atas empat pengawal keselamatan dan kemudiannya membakar dua daripada mereka hidup-hidup.

Susulan kematian Sidonio, Victor telah ditahan di balai polis kerana membunuh.

Penjara Long Lartin merupakan sebuah penjara yang mempunyai tahap kawalan paling maksimum, dibuka pada 1971 dan menempatkan 622 sel tahanan. –Kedahnews.com