KUALA KANGSAR – Hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini bukan sahaja mengubah suasana Bandar Diraja Perak malah menonjolkan tanda sokongan para pengundinya.
Paling ketara rombongan calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli bertemakan warna jingga namun kurang mendapat sambutan atau cakap mudah, langsung macam perarakan kecil ‘budak sekolah’.
Bermula perhimpunan di simpang dekat stesen bas Kuala Kangsar berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Jalan Bendahara sekitar 8 pagi, rombongan ala konvoi ‘Cik Kiah’ itu hanya disertai kira-kira 300 peserta.
Itupun tetap lesu waima dibantu puluhan ahli PKR dan DAP selain PAN dari luar kawasan yang cuba memeriahkan suasana seolah-olah parti terbaharu komponen Pakatan Harapan itu menerima sokongan penduduk Kuala Kangsar.
Bayangkan kehadiran Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, delegasi PAN hanya menang sorak semata-mata selain menyebabkan kesesakan lalulintas.
Berbanding lawan mereka PAS dan Barisan Nasional (BN) disertai ribuan penyokong, PAN sebaliknya cuba tonjol diri berkumpul dekat Dewan Jubli Perak dalam keadaan jalan sempit seperti imej ramai orang datang berhimpun.
Lucunya, untuk ‘menghiburkan’ ratusan penyokongnya makin bosan terpaksa berdiri di bawah panas terik matahari, urusetia PAN membuat ‘ceramah mini’ dari atas trak pacuan 4 roda oleh ramai pemimpinnya selain DAP dan PKR.
Lebih kelakar, ada beberapa penceramah PAN melaungkan ‘takbir’ iaitu slogan lazim trademark PAS menyebabkan bukan sahaja penyokongnya terpinga-pinga, bahkan disambut ‘geleng kepala’ ramai penyokong PAS berhampiran.
Tidak cukup itu, urusetia PAN tiba-tiba tanpa dirancang menganjurkan pula acara kutipan derma kilat konon untuk tujuan menjayakan jentera parti tersebut, sesuatu yang biasanya dilakukan oleh PAS setiap kali ada ceramah politik.
Akhirnya ramai penyokong PAN dilihat ‘angkat kaki’ lebih awal dan suasana itu jauh beza dibandingkan semangat tegar ribuan penyokong BN dan PAS yang berkumpul berhampiran dengan padang Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Perhimpunan penyokong PAN itu mula berakhir selepas jam 11 pagi apabila Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria mengumumkan secara rasmi nama semua calon yang bertanding.
Sambutan terhadap PAN yang kurang bermaya pada hari penamaan calon meskipun menerima sokongan PKR dan DAP telah memberi gambaran awal bagaimana penerimaan kira-kira 30,000 pengundi berdaftar di kawasan itu.
PRK Kuala Kangsar diadakan susulan kematian ahli parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter ketika berkempen pilihan raya negeri ke-11 di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, allahyarham menang majoriti 1,082 undi apabila mendapat 14,218 undi mengatasi pencabar dari PAS, Khalil Idham Lim Abdullah (13,136 undi) dan calon bebas, Datuk Kamilia Ibrahim (447 undi).
Untuk PRK kali ini, balu beliau, Datin Mastura Mohd. Yazid mewakili BN ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary selain PAN sendiri. –Kedahnews.com