Gambar Hiasan |
GEORGETOWN - Pengemis yang kelihatan daif menagih simpati orang ramai memperoleh pendapatan jauh lebih lumayan daripada orang yang menghulurkan bantuan iaitu sehingga RM1,000 sehari.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Said Sidup berkata, maklumat itu diperoleh pihaknya hasil siasatan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam operasi di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar bijak dan berhati-hati sebelum menghulurkan derma untuk mengelak tertipu oleh pengemis sama ada yang mengemis secara individu atau didalangi sindiket.
"Sikap pemurah rakyat Malaysia antara punca utama masalah pengemis berlarutan sehingga kini," katanya selepas perasmian Program Pendidikan Kesedaran Pencegahan Pengemisan di sini, semalam.
Said berkata orang ramai yang ingin menderma dinasihat menghulurkannya kepada badan yang sesuai seperti masjid atau pertubuhan kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau berkata, antara Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya menyelamatkan 201 pengemis menerusi 150 operasi dengan 142 orang adalah pengemis tempatan manakala selebihnya rakyat asing. -Bernama