Motosikal mangsa yang masih tersangkut di bahagian belakang lori akibat pertembungan yang berlaku. |
BANDAR BAHARU - Seorang peniaga Bazar Ramadan Bandar Baharu maut selepas berlanggar dengan sebuah lori yang sedang mengundur di Kampung Telok Sera, Lubuk Buntar pada awal pagi, dua hari lalu.
Mangsa, Mohamad Firdaus Hashim, 36, dipercayai menunggang motosikal secara bersendirian untuk pulang ke rumahnya.
Menurut sumber, mangsa tidak sempat menekan brek dan mengelak apabila lori berkenaan sedang mengundur untuk keluar daripada tempat meletak kenderaan di kawasan rumahnya.
“Pemandu hanya sedar setelah berlanggar dengan mangsa apabila mendengar bunyi dentuman di bahagian belakang lorinya," katanya.
Sumber berkata, sebaik menyedari berlanggar sesuatu, pemandu bertindak keluar dan melihat seorang penunggang motosikal sudah terbaring serta cedera di beberapa bahagian anggota badan.
"Mangsa sempat dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian.
"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan kecederaan di bahagian kepala," katanya.
Sumber: Sinar Harian