Zulkifli sedang memasak lemang di dalam tong dram. |
KUALA NERANG - Keluhan peniaga lemang mengenai kayu api yang semakin berkurangan dan pencemaran asap menyebabkan seorang penduduk di Kampung Perik di sini, mengambil inisiatif lain dengan memasak lemang di dalam tong dram.
Zulkifli Ibrahim, 43, berkata, setiap kali musim perayaan peniaga lemang sudah pasti akan mengeluh untuk mendapat bekalan kayu api terutamanya pada musim hujan.
Susulan masalah itu, katanya, dia cuba mencipta dapur lemang dengan tong dram yang dimasak bersama dapur gas supaya dapat menyelesaikan masalah bahan api itu.
“Sebelum ini ada kawan saya masak lemang guna tong dram secara kukus, tapi saya cuba mengubahnya supaya kualiti lemang lebih baik lagi. Oleh itu saya telah menempah tong dram dengan membuat tapak di bawah dan dua para supaya memudahkan buluh lemang itu dimasak.
“Melalui teknik itu lemang yang dimasak tidak memerlukan api yang kuat dan mudah untuk mengawalnya berbanding jika dimasak secara salai yang sentiasa diubah kedudukannya. Melalui cara ini peniaga boleh melakukan kerja lain sebelum lemang itu dimasak dalam masa 1 jam 30 minit,” katanya.
Menurut Zulkifli, teknik memasak lemang dengan tong dram itu tidak akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam, malah lebih bersih berbanding memasak secara tradisional yang dipenuhi asap.
Katanya, teknik memasak lemang dengan tong dram juga dikatakan lebih cepat berbanding tradisional yang memerlukan masa hampir dua jam.
“Lemang akan cepat masak kerana wap panas akan terperangkap di dalam tong apabila ditutup. Malah kualiti lemang masak dengan tong dram ini pun serupa juga dengan masak secara salai dan buluhnya tidak cepat terbakar.
“Ia juga mampu memasak 70 hingga 80 batang lemang dalam satu masa dan kos untuk membuatnya pula hanya RM200 sahaja,” katanya
Di samping itu juga, bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan mampu untuk memasaknya kerana tidak memerlukan ruang luas.
Sumber: Sinar Harian