KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon yang mewakili Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas.
BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari.
Pengumuman bagi senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi.
Menurut Mior Muhammad Jamil, wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi dan Najihatussalehah pula empat minit kemudian pada jam 9.05 pagi.
Wakil calon PAN, Ahmad Termizi dan Bebas, Izzat Bukhari pula hadir serentak pada jam 9.10 pagi.
Pihak SPR juga memaklumkan bahawa tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas.
Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatnya bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan keluar dari Pusat Penamaan Calon pada jam 10 pagi, namun tidak menjelaskan secara terperinci sebab menarik diri.
Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang sebelum ini menggembar-gemburkan diri untuk bertanding di PRK Kuala Kangsar kali ini tidak dilaporkan hadir di proses penamaan calon hari ini. -Kedahnews.com