KUALA KANGSAR – Persiapan untuk pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di sini esok, berjalan lancar.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah berkata persiapan di dua pusat pengundian awal itu dijalankan sejak pagi tadi, yang meliputi kerja-kerja menandakan zon larangan 50 meter dari pusat mengundi, menyemak peralatan, dokumen, borang dan sampul berkaitan pengundian awal berkenaan.
“Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, dengan seramai 292 pemilih mengundi di sana.
“Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang, yang melibatkan 20 pemilih,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan SPR bagi menghadapi pengundian awal di Balai Polis Manong di sini, hari ini.
Beliau berkata semua kertas undi berkenaan akan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.
“Pengiraan undi awal tidak dibuat esok sebaliknya dibuat pada 18 Jun (hari pengundian biasa). Selepas tamat pengundian awal, peti-peti undi ini akan di bawa dan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar,” katanya.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional, PAS, Amanah dan Bebas berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (2013), Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar menang dengan majoriti 1,082 undi.
Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan SPR sehingga 7 Mei lepas. – BERNAMA