SCHA Al-Yahya mengakui berasa gementar pada awal ketibaannya di tanah suci tetapi perasaan itu bertukar menjadi sebak dan gembira sebaik tiba di Masjidil Haram bersama keluarganya.
Tambahnya, pengalaman mengerjakan umrah bersama-sama dengan keluarga yang tercinta merupakan sesuatu yang sangat berharga.
“Mula-mula terdetik perasaan takut dan gementar kerana ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci. Saya takut jika melakukan sebarang kesalahan.
“Tetapi alhamdulillah segala urusan ibadah kami dipermudahkan Allah.
“Yang penting ialah niat setiap kali mahu melakukan rukum umrah dan perlu berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang dilarang.
“Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah kerana saya manusia biasa tidak ada yang sempurna. Pabila melihat kaabah depan mata, saya menangis.
“Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan, hanya Allah yang mengetahui. Ia memberikan makna yang berbeza dalam diri. Ini merupakan satu-satunya tempat yang memberikan ketenangan tak mengira waktu,” kata Scha, memetik Harian Metro.
Scha juga menceritakan keseronokan dapat berbuka puasa di sana dan berharap akan berpeluang untuk kembali ke tanah suci lagi selepas ini. –Kedahnews.com