PUTRAJAYA – Sebuah pesawat pengangkutan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya dipintas oleh dua jet pejuang Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika terbang di ruang udara Kepulauan Natuna di Indonesia.
Perkara tersebut turut disahkan para pegawai Kementerian Pertahanan pada 26 Jun. Pesawat berkenaan ketika itu dilaporkan mengguna pakai laluan penerbangan biasa ditetapkan di tengah-tengah perairan Laut China Selatan.
Seorang pegawai kanan yang enggan dinamakan memberitahu agensi berita antarabangsa AFP bahawa dalam kejadian kelmarin, pesawat C-130 tersebut dalam penerbangan dari barat Malaysia ke Sabah di timur Malaysia.
“Penerbangan di ruang udara Kepulauan Natuna adalah laluan penerbangan biasa,” kata pegawai tersebut, yang menambah pesawat C-130 berkenaan masih lagi dapat meneruskan penerbangannya ke Sabah meskipun dipintas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pihak media tempatan turut mengesahkan kejadian tersebut dan berkata: “Ya… pesawat itu memang dipintas oleh dua jet tentera Indonesia.”
Insiden berlaku dua hari selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo mengunjungi kepulauan tersebut dengan menaiki kapal perang – dalam satu langkah yang dianggap bagi menunjukkan kehebatan kuasa pihak TNI sendiri.
Ia meletus selepas beberapa insiden tegang dengan kapal-kapal nelayan China menceroboh perairan Natuna sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan China mahu menuntut gugusan kepulauan milik Indonesia tersebut.
Tidak seperti sesetengah negara jirannya di Asia Tenggara, Indonesia secara teknikal sebenarnya tidak mempunyai pertikaian maritim dengan China berhubung isu pertindihan tuntutan pulau-pulau kecil di Laut China Selatan.
Namun, Beijing mempunyai tuntutan bertindih terhadap zon ekonomi eksklusif Indonesia – perairan untuk sesebuah negara berhak mengeksploitasi sumber-sumber alam; yang kebetulan berada di sekitar Natuna.
Hishammuddin bagaimanapun tidak memperbesar-besarkan insiden terpencil itu malah menegaskan kerajaan Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik amat rapat termasuk dari segi kuasa ketenteraan.
“Saya tidak risau kerana ini perkara biasa dan ia berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Jika ada sebarang insiden antara kami, kami boleh menguruskannya antara satu sama lain dengan cara diplomatik.
“Kami tidak akan biarkan sebarang insiden merosakkan hubungan kami,” tambahnya. Kepulauan Natuna terletak di tengah-tengah Laut China Selatan serta memisahkan Semenanjung Malaysia dengan negeri Sabah dan Sarawak.
Pada 2002, Indonesia kalah kepada Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Belanda dalam kes tuntuan bertindih Sipadan dan Ligitan, dua pulau kecil di Laut Sulawesi berhampiran Sabah. – Agensi