Penunjuk perasaan dihadapan di dewan Legaslatif Brazil, bagi membantah tindakan 30 penyerang tersebut. |
RIO DE JANEIRO - Rakyat Brazil dikejutkan dengan tersebarnya video pemerkosaan lebih 30 orang lelaki terhadap seorang gadis 16 tahun, video itu dimuat naik oleh penyerang pada 21 Mei lalu.
Pengguna laman sosial di Brazil berang, selepas video yang dimuatnaik itu tersebar dengan paparan video itu menunjukkan gadis itu dalam keadaan bogel di atas katil dan kedengaran suara lelaki memberitahu mangsa dirogol lebih 30 lelaki.
Susualan kejadian itu, pihak berkuasa Brazil berjanji mengheret semua suspek ke muka pengadilan.
"Mereka yang melakukan jenayah jijik ini akan ditemui dan akan dihukum," kata Menteri Undang-Undang, Alexandre de Morais semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Rio de Janeiro, Fernando Veloso berkata, pihaknya sudah mengenal pasti empat lelaki dipercayai perogol atau yang merakam video berkenaan.
"Kami tidak boleh sahkan sama ada 30 atau 36 penyerang terbabit dalam kejadian ini.
"Siasatan akan tentukan jumlah perogol yang menyerang mangsa," katanya.
Terdahulu kejadian mengejutkan itu dikatakan berlaku pada 21 Mei lalu, dibandar Rio de Janeiro, bandar yang terkenal dengan aktiviti jenayah. - AFP