Sebuah gerai yang disyaki menjalankan perniagaan sejak jam 11 pagi dan membekalkan makanan kepada kaki ponteng puasa. |
SUNGAI PETANI – Baru sahaja dua hari umat Islam menjalani ibadat berpuasa, tetapi sudah ada pihak yang mencemarkan bulan mulia dengan menjalankan perniagaan secara ‘sulit’ di daerah ini dengan membekalkan makanan bermula jam 11 pagi.
Lebih menyedihkan, lokasi gerai makan terbabit terletak tidak jauh dari kemudahan surau yang disediakan dalam kawasan perumahan tersebut dan urus niaga terus berjalan tanpa mengendahkan waktu Zohor yang hampir tiba.
Kedai yang dikaburi dengan bumbung yang agak tertutup dan rimbunan pokok itu dipercayai menjadi tumpuan kaki ponteng puasa apabila beberapa penunggang motosikal dipercayai berhenti bagi mendapatkan habuan.
Tinjauan media ke lokasi kejadian pada jam 12 tengah hari dan 1 petang mendapati, seorang pekerja kebersihan sedang berehat di kedai terbabit dalam tempoh beberapa minit sebelum berlalu pergi.
Hasil tinjauan mendapati, seorang pemuda berusia lingkungan 20-an bersama seorang lelaki berusia 40-an sedang duduk di bangku seperti menunggu sesuatu tidak jauh dari motosikal mereka yang diletakkan di tepi gerai terbabit.
Lebih mengejutkan, dalam tempoh beberapa minit, keluar seorang wanita berusia lingkungan 40-an bersama seorang anak lelaki dipercayai berumur lima tahun dari gerai terbabit membawa dua beg kemungkinan berisi makanan dan minuman yang sudah dibungkus menuju ke arah kedua-dua lelaki terbabit.
Selepas berbincang sesuatu, kesemua mereka beredar dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki dua buah motosikal tanpa menyedari pergerakan mereka diperhatikan.
Sumber: Sinar Harian