Pramugari Dilatih Gaya Tentera, Ala Komando


Jangan cuba main acah-acah dengan pramugari-pramugari cantik di China kerana mereka bukanlah pramugari yang sembarangan.

Sebaliknya, gadis-gadis pramugari di negara itu mendapat latihan ala ketenteraan yang disediakan oleh Kolej Penerbangan Chengdu, East Star.

Difahamkan bahawa latihan yang dilalui bukan sesuatu yang mudah sebaliknya pramugari terbabit diberi latihan mengikut silibus mirip latihan anggota komando.

Antara latihan ala tentera yang dilalui mereka ialah berendam dalam lumpur, yang bertujuan menguji daya ketahanan untuk berlari dan melompat di dalam keadaan sukar.

Mereka juga turut dilatih kemahiran untuk berdepan dengan pengganas dalam situasi kecemasan yang lain.


Selain itu, pramugari-pramugari itu juga diajar dengan kaedah berdepan dengan penumpang penerbangan yang bersikap negatif dan tidak terkawal.

Bagi tujuan latihan ala ketenteraan tersebut, seramai 20 kakitangan telah dipilih untuk mengikuti program berkenaan. -Kedahnews.com