KUALA KANGSAR – Seramai 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Selasa depan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata proses pengundian awal itu akan diadakan di dua pusat pengundian, bermula 8 pagi.
Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.
“Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi.
“Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi,” katanya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional, PAS, Amanah dan Bebas.
Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. – BERNAMA