Datuk Md Rozai Sapian |
KUALA KANGSAR - Jentera Kedah mensasarkan peningkatan undi di dua PDM angkatnya di Kampung Talang dan Jalan Dato' Sagor memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar ini.
Menurut "Chief De Mission" Barisan Nasional Kedah, Datuk Md Rozai Sapian dan lebih 70 jentera negeri yang berkampung di sini sejak 5 Jun lalu, misi mereka agak sukar di dua PDM tersebut namun positif mampu membawa perubahan positif untuk BN.
"Memang agak sukar untuk kita menang di dua peti undi ini kerana di sini mempunyai pengundi bukan Melayu yang menjadi majoriti pengundi.
"Tapi kita baru selesai bertemu dengan pengundi-pengundi Melayu hari ini dan kita sudah kenal pasti sama ada putih, hitam atau kelabu, kita sudah kenal pasti, insyaAllah.
Jelas beliau lagi, para pengundi bukan Melayu di dua PDM tersebut akan dikendalikan oleh barisan parti komponen BN dan pihaknya akan berbincang bagi menyelaras gerak kerja kempen yang seterusnya.
Namun jelas beliau, BN diyakini tidak mempunyai masalah untuk menang dan sekaligus mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan banyak PRK sebelum ini.
PDM Kampung Talang dan Jalan Dato' Sagor menyaksikan BN tewas di kedua peti undi tersebut pada PRU ke-13 yang lalu dan Rozai yakin mampu setidak-tidaknya mengurangkan undi pihak pembangkang di situ. -Kedahnews.com