#PRKKualaKangsar: PAS Tak Laksana Tanggungjawab Pada Agama, Negara - Calon PAN


KUALA KANGSAR - Calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Prof Madya Dr Ahmad Termizi Ramli berpendirian bahawa PAS tidak lagi mampu membawa tanggungjawab agama Islam dan negara adalah punca beliau menyertai parti tersebut.

Kata bekas ahli PAS seumur hidup itu, jika PAS mampu berbuat demikian maka beliau tidak perlu bersusah payah menjadi calon PAN dan "pencen profesor"nya dikatakan cukup untuk menyara kehidupan bersama keluarganya.

"PAS.. minta maaf, pandangan saya telah tidak melahirkan peranan dia melaksanakan tanggungjawabnya terhadap agama dan tanggungjawab pada negara.

"Jadi, apa pilihan pada saya?

"Kami takde pilihan lain selain meneruskan perjuangan yang kita rasa PAS dalam ijtihad dia, dalam pandangan dia tak boleh memainkan perananlah," katanya memperlekeh kemampuan bekas partinya itu.

Tambahnya lagi, PAS seolah-olah mahu "berehat" dan calon PAN menyarankan supaya parti itu terus "berehat".

"Takpe, biar dia (PAS) 'berehat' dulu.." katanya, menyindir PAS lagi. -Kedahnews.com