TANJUNG DAWAI - Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain meluahkan rasa kesal terhadap kualiti projek perumahan nelayan Tanjung Dawai walaupun pembinaannya sudah 80 peratus siap.
Tajul Urus yang juga Exco Pengangkutan, Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah, berkata ini kerana terdapat keretakan yang berlaku pada rumah tersebut selain keadaan longkang yang teruk.
"Projek ini sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun namun sudah dua kali tempoh lanjutan diberikan, iaitu berjumlah 369 hari, dan pada pandangan saya, dalam tempoh berbaki tiga bulan projek ini tidak mampu siap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd Sallehhuddin Hassan, di tapak projek perumahan nelayan Tanjung Dawai di sini, semalam.
Projek berkenaan membabitkan pembinaan 300 unit rumah semi-D termasuk sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan rumah kedai, di atas tanah berkeluasan 10 hektar.
Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Tanjung Dawai pada 31 Oktober 2012, sebagai penyelesaian terhadap masalah penempatan nelayan di kawasan terbabit.
"Daripada lawatan hari ini, saya amat kecewa dengan kualiti rumah yang dibina dan masalah paling utama ialah tapak asas yang mana ia sebelum ini adalah hutan bakau, usaha menimbus tanah tanpa memikirkan aspek keselamatan lain hanya akan mengundang masalah lain kelak.
"Dari segi praktiknya, tanah tidak akan sama, akan ada yang rendah dan tinggi dan kesudahannya rumah akan pecah sedangkan nelayan yang tinggal di sini berharap untuk duduk sampai bila-bila di rumah ini," katanya.
Beliau berharap agar kontraktor terlibat memberi perhatian serius terhadap perkara itu serta beberapa isu lain yang timbul berkenaan projek itu. - Bernama