Rafizi Tukar Dari "Gagal" Kepada "Lambat" Dapat Pampasan

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR – Pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli tiba-tiba mengubah tuduhannya berhubung isu pampasan persaraan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara tentera daripada `gagal membayar’ kepada `lambat mendapat pampasan’.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR dipercayai mengubah `nada’ tuduhannya itu dalam satu kenyataannya semalam berikutan tindakan LTAT menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan yang telah difailkan di mahkamah ke atas beliau disebabkan tuduhannya itu.

“Walaupun kenyataan LTAT pada 30 Mac 2016 mengaitkan tindakan saman terhadap saya bersyarat jika saya gagal mengemukakan senarai pesara tentera yang lewat mendapatkan pampasan, nampaknya LTAT tidak patuh kepada syaratnya sendiri.

“Saya kesal kerana tindakan saya membela pesara tentera yang `lambat mendapat pampasan’ dijadikan alasan untuk menekan saya,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Portal berita propembangkang pada Mac lalu ghairah melaporkan tuduhan Rafizi berhubung isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka oleh LTAT sejak tahun 2014.

Beliau dilaporkan percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan.

Rafizi dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengakui beliau cuma mengemukakan senarai 110 pesara tentera yang belum menerima pampasan gratuiti kepada LTAT seperti yang dituntut pada 31 Mac lalu.

Beliau turut mengakui LTAT telah memaklumkan 69 dari pesara terbabit telah dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016, dokumen bagi 23 pesara tentera baru diperolehi dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan pembayaran sedang diproses manakala Dokumen bagi 16 pesara belum diterima dari UGAT. –Kedahnews.com