Gambar Hiasan |
Beliau berkata sebab utama kebanyakan rakyat Malaysia mula melakukan aktiviti fizikal dan bersenam pada usia berkenaan adalah masalah kesihatan yang dihadapi akibat gaya hidup tidak sihat sebelum itu.
“Apabila doktor memaklumkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan menghidapi diabetes barulah individu berkenaan mula melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan, berjoging dan sebagainya.
“Bagaimanapun pada masa itu, ada di antara mereka sudah sukar hendak bergerak. Ini menunjukkan terdapat rakyat Malaysia hanya mula melakukan aktiviti fizikal apabila mendapat penyakit dan bukannya menjadikan senaman sebahagian daripada gaya hidup,” katanya lagi.
Dr. Subramaniam berkata demikian ketika berucap pada majlis sumbangan satu mesin dialisis dan dua unit hi-flow Nasal Cannula oleh Sun Life Malaysia Bhd. dan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Hospital Putrajaya di sini semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata sejak 1999, Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Berkelompok CuepacsCare untuk penjawat awam yang diuruskan Sun Life Takaful Malaysia Bhd sudah dimanfaatkan oleh 60,000 orang dengan jumlah tuntutan sebanyak RM180 juta.
Kini lebih 400,000 penjawat awam dilindungi oleh skim CuepacsCare itu, katanya. – BERNAMA