Rakyat Malaysia Sakan Berbelanja Walau Laksana GST

KUALA LUMPUR – Walaupun dengan perlaksanaan GST pada tahun 2015 dan kelemahan ringgit Malaysia yang sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup, masyarakat kini tercari-cari alternatif lain yang efektif untuk menjimatkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya ini.

“Kenaikan kos boleh diterjemah sebagai peningkatan perbelanjaan ketika musim perayaan, oleh kerana keperluan meraikan perayaan menjadi satu keutamaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif platform e-mall terkemuka 11street, Hoseok Kim.

Oleh itu, dalam usaha untuk memahami kelakuan pengguna, 11street telah melakukan sebuah kaji selidik dalam talian yang menerima maklumbalas daripada 2,000 responden bagi mengetahui situasi perbelanjaan rakyat Malaysia menjelang Hari Raya.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan bahawa 95% rakyat Malaysia bersikap terbuka membeli belah atas talian, selain berpendapat teknologi memainkan peranan penting dalam penubuhan e-dagang.

“E-dagang sekali lagi terbukti menjadi pilihan rakyat Malaysia menjelang Hari Raya kerana sistemnya yang mudah; hanya pilih dan masukkan seleksi anda ke dalam borang pembelian,” jelas Kim lagi semasa majlis apresiasi media dan makan malam Ramadhan yang bertempat di Jeumpa D’Ramo, Bangsar, kelmarin.

Selain corak perbelanjaan rakyat Malaysia, kaji selidik turut mendapati bahawa baju raya masih wajib dibeli ketika sambutan Hari Raya kerana ianya mempunyai hubungan signifikan dengan tradisi Hari Raya.

Dalam tinjauan tersebut, 78% daripada responden menyatakan mereka akan membeli baju raya terlebih dahulu sebelum membeli barangan lain seperti aksesori, kasut dan barangan mewah yang lain.


Selain itu, rakyat Malaysia turut memaklumkan bahawa keistimewaan raya seperti kuih-muih, biskut dan hiasan turut termasuk dalam senarai keperluan.

Maka, jelaslah bahawa kenaikan kos tidak menjadi penghalang kepada sambutan, tetapi mewujudkan kekangan untuk meraikan Hari Raya dengan lebih meriah.

Pengguna semakin bijak

Masyarakat kini lebih berhemah dan semakin bijak dalam mengurus perbelanjaan mereka. Dalam tinjauan itu lagi, 60% rakyat Malaysia melihat betapa pentingnya melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berbelanja.

Oleh itu, terdapat satu trend yang berkembang iaitu peralihan membeli belah atas talian, kerana ia mampu memberi peluang untuk berjimat dan pilihan yang lebih baik.

“Ramai yang lebih senang membeli barangan atas talian. Menjelang Hari Raya, 11street mengjangkakan lebih ramai orang akan bertukar ke membeli-belah atas talian keraan ia mudah dan menjimatkan masa,” tambah Kim lagi.

“Dengan lebih dari 6 juta produk pada harga berpatutan ditawarkan oleh 19,000 penjual di bawah naungan 11street, kami komited dan sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan kami,” jelas Kim.

11street menawarkan kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran dengan menampung segala keprluan Hari raya dengan penawaran diskaun sehingga 90% dan juga kupon pembelian bernilai RM10 juta bagi menyokong jenama-jenama popular seperti Tupperware, Syomirizwa Gupta dan Nestle.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran ini, sila layari www.11street.my atau hubungi 03-2720000 untuk keterangan lanjut. – Kedahnews.com