KUALA KANGSAR – Pengundi di Parlimen Kuala Kangsar telah lama mengiktiraf wanita sebagai pemimpin mereka dan tidak akan terpengaruh dengan sentimen wanita tidak layak menjadi pemimpin.
Penganalisis politik dan akademik berkata ia adalah berdasarkan bekas Anggota Parlimen kawasan itu sebelum ini yang merujuk kepada Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah menjadi Anggota Parlimen itu selama tujuh penggal berturut-turut, sejak 1982 hingga 2008.
“Tan Sri Rafidah membuktikan antara pemimpin wanita unggul di negara ini. Ia menunjukkan pengundi tidak pernah memandang isu jantina untuk menjadi wakil mereka,” kata Prof Madya Dr Ismail Sualman kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan calon Bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang mengatakan wanita tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Ismail yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata kenyataan Izat Bukhary itu hanyalah ‘politik picisan’ tanpa berpaksikan kepada realiti.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
PRK yang diadakan 18 Jun itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.
Selain calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, seorang lagi calon wanita ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, manakala Amanah diwakili Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli.
Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyifatkan kenyatan calon Bebas itu sebagai menghina kaum wanita di negara ini.
Seorang lagi penganalisis Pensyarah kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berpendapat dalam konteks hari ini tindakan menjadikan perkara itu sebagai isu, dilihat sudah tidak relevan lagi.
Katanya, kerajaan sendiri melaksanakan dasar mengiktiraf pembabitan 30 peratus wanita sebagai pemimpin tertinggi dalam organisasinya.
“Satu kerugian apabila menjadikan isu itu sebagai strategi untuk berkempen, apatah lagi jumlah pengundi wanita di Kuala Kangsar ini melebihi jumlah pengundi lelaki,” katanya.
Mengikut Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Kuala Kangsar sehingga 7 Mei lepas, sebanyak 17,002 pengundi atau 51.6 peratus daripada jumlah 32,949 pengundi yang layak mengundi adalah terdiri dalam kalangan pengundi wanita.
Noor Sulastry berkata Anggota Parlimen wanita juga tidak boleh dilihat berjuang sendirian kerana dalam melakukan tugas sebagai wakil rakyat mereka akan dibantu jentera parti yang mereka wakili.
Ketua Puteri UMNO Kuala Kangsar, Nurul Azni Bani Ami berkata berdasarkan gerak kerja jenteranya bertemu masyarakat di kawasan itu, pengundi terutama golongan muda di Kuala Kangsar menzahirkan keyakinan kepada calon BN walaupun dia seorang wanita.
“Pengundi tidak memandang jantina sebagai pengukur tetapi keupayaan beliau untuk meneruskan pembangunan di Kuala Kangsar. Pengundi di sini tidak pernah ada masalah dengan Anggota Parlimen wanita,” katanya. – BERNAMA