Ratu Cantik Gemuk Dunia Jatuh Kepada Peserta Singapura

Tan Si Mi
MAHKOTA Ratu Cantik Gemuk Dunia tahun ini dimenangi oleh peserta dari Singapura, yang berjaya menewaskan 10 peserta akhir lain.

Pertandingan yang diadakan di Latvia, Sabtu lalu telah memahkotakan Tan Si Mi sebagai wanita berbadan besar paling cantik dan menawan seluruh dunia.

Menggayakan gaun jarang berwarna putih dan kelabu, keyakinan tinggi yang ada pada Tan,  antara faktor utama kemenangannya.


Tan dilaporkan sering mencuba produk pelangsingan badan yang terdapat di pasaran ketika berusia 22 tahun.

Dia akhirnya menyedari bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam, serta keyakinan diri dan tingkah laku seseorang itu lebih penting daripada kecantikan fizikal semata-mata. –Kedahnews.com