Rela Berhenti Kerja Untuk "Susu"kan Kekasih

Jennifer Mulford dan kekasihnya, Brad Leeson
SEORANG wanita dari Atlanta, Amerika Syarikat rela berhenti kerja sebagai pelayan bar demi menunaikan tanggungjawabnya memberi susu badan kepada teman lelakinya setiap dua jam sehari.

Jennifer Mulford berkata, dia ingin menganjurkan kempen ‘Pemberian Susu Badan Kepada Orang Dewasa’ memandangkan ia berhasil untuk merapatkan hubungan pasangan.

“Ketika pertama kali kami melakukannya, ada satu tarikan magik yang mana dengan hanya menyusu badan kepada teman lelaki, ia dapat merapatkan lagi hubungan kami.

“Sejak itu, saya nekad berhenti kerja untuk menumpukan kepada ‘kerja-kerja’ memberi susu badan tersebut,” kata ibu kepada seorang anak perempuan itu.

Sementara itu, teman lelakinya Brad Leeson, seorang ahli bina badan, pula berharap dirinya dapat mengekalkan bentuk tubuh badan kekar dan sasa dengan pengambilan susu badan wanita secara tetap. – Kedahnews.com