Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di dalam restoran berkenaan. |
KULIM - Seorang pemilik restoran dekat Taman Aman, di sini, mengalami kerugian RM70,000 apabila premisnya hampir musnah dalam kejadian kebakaran, pagi kelmarin.
Menurut sumber, kejadian tersebut hanya disedari selepas melihat asap hitam di kawasan deretan kedai.
“Ketika itu kebetulan saya melalui kawasan itu sebelum ternampak asap hitam, tapi tak nampak api pun,” katanya.
Katanya, dipercayai pemilik kedai juga tidak berada di situ kerana pintu masih tertutup.
“Rasanya dalam lima minit juga saya lihat keadaan begitu, namun pintu kedai tidak dibuka mungkin kerana tiada sesiapa di dalam kedai sebelum pihak bomba datang memberi bantuan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan (PBK11), Mohd Shuib Abu Bakar berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Kulim menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran tersebut pada jam 8.36 pagi.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati api sedang marak di dalam restoran tersebut melibatkan kebakaran di ruang makan dan dapur. Sebuah motosikal yang diletakkan di dalam kedai turut terbakar.
“Seramai 11 anggota berusaha memadamkan kebakaran dan mendapati hampir 60 peratus ruangan kedai makan musnah,” katanya.
Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.
Sumber: Sinar Harian