PUTRAJAYA – Sekiranya ramalan ini betul bagai dikata, besar kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan rombakan Kabinet Persekutuan pada Isnin ini.
“Bagaimanapun rombakan berkenaan berskala ‘kecil saja’. Pengumuman dijangka pada Isnin, majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Agong pada Selasa,” kata satu sumber kepada portal berita tempatan Agendadaily.
Ia susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala tamat tempoh dua penggal menjadi Senator dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang tamat sepenggal tempoh menjadi Senator dan tidak mahu sambung lagi.
Datuk Seri Douglas Uggah Embas pula melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk bertanding dalam pilihan raya Sarawak serta dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Portfolio Idris bertanggungjawab terhadap Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan manakala Abdul Wahid pula yang dahulunya mengetuai Maybank dan Telekom Malaysia sebelum menguruskan Unit Perancangan Ekonomi.
Difahamkan waima ada tiga menteri sudah berhenti atas sebab tertentu, namun hanya dua kekosongan bakal diisi. Kemungkinan besar tempat Idris tidak akan diisi kerana tidak menjejaskan apa-apa dalam unit berkenaan.
“Bagaimanapun tempat Abdul Wahid dan Douglas Uggah akan diisi dalam rombakan kecil ini,” kata sumber berkenaan kepada portal tersebut. Untuk jawatan timbalan menteri pula memang terdapat dua kekosongan.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ekoran kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, susulan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik Menteri Besar Kedah.
kabinet-pmxx
Gambar hiasan
Menurut sumber, rombakan itu adalah untuk melengkapkan Kabinet dan memudahkan pentadbiran. Mengenai pelantikan pula, sumber itu menjangka kemungkinan kuota yang kosong akan diisi mengikut kuota negeri.
Antaranya kuota Selangor yang kosong kemungkinan bakal menyaksikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizan Ibrahim dilantik untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Noriah di Parlimen Sungai Besar.
“Ahli Parlimen dari Kedah pula akan dilantik bagi mengisi tempat dikosongkan Ahmad Bashah dan seorang wakil dari Sarawak dijangka mengisi tempat Douglas Uggah,” ujar sumber tersebut kepada portal berkenaan lagi.
Desas-desus pengumuman rombakan semakin hebat malah ramai pemerhati politik tanah air dikatakan mulai bertanya menerusi cakap politik ‘kedai kopi’ mengenai bilakah rombakan Kabinet akan dibuat Perdana Menteri.
Berdasarkan bisik-bisik mereka yang berada di koridor kuasa menyatakan ia ‘tidak lama’ lagi. Kabinet kali terakhir dirombak pada 28 Julai tahun lalu menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan Timbalan Perdana Menteri.
Jawatan tersebut diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, manakala tempat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal digantikan pula dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika rombakan tersebut, seramai tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu telah dilantik. Daripada jumlah berkenaan, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh.
Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Muka baharu dilantik sebagai menteri pula ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Senator Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).
Dua muka lama menyertai semula Kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II) – Agensi