PETALING JAYA - Polis telah mengenal pasti dalang utama yang merupakan warga tempatan dan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua individu yang dikenal pasti itu akan ditahan dalam masa terdekat namun tidak mendedahkan jumlah tangkapan yang akan dilakukan.
"Mereka ini merupakan sindiket tempatan yang menjalankan kegiatan sabotaj itu.
"Pada mulanya mereka berjaya 'memikat' seorang dua pegawai imigresen untuk terlibat dalam kegiatan ini dan lama-kelamaan menyaksikan lebih ramai lagi pegawai terlibat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan penubuhan Polis Bantuan Sime Darby Property di sini, Rabu.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi yang mengatakan terdapat penglibatan sindiket antarabangsa dalam kegiatan sabotaj itu, Noor Rashid berkata sindiket antarabangsa itu dipercayai bekerjasama dengan sindiket tempatan bagi menjalankan kegiatan berkenaan di dalam negara.
Ditanya sama ada polis akan memohon bantuan polis antarabangsa bagi mengenal pasti sindiket antarabangsa itu, beliau berkata buat masa ini, polis hanya memberi fokus dalam melumpuhkan sindiket tempatan terlebih dahulu.
Semalam, Sakib mendedahkan 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj myIMMs.
Katanya, daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji.
Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.
Mengenai pelancaran unit polis bantuan Sime Darby Property, Noor Rashid memuji usaha dan dedikasi syarikat itu dalam meningkatkan keselamatan komuniti yang sejajar dengan Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang menekankan keselamatan orang ramai.
"Teras utama kerjasama ini ialah bagaimana Polis Diraja Malaysia membantu syarikat korporat seperti Sime Darby Property meningkatkan kemampuan dan keupayaannya untuk menyumbang kepada keselamatan komuniti dan orang awam, katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Jauhari Hamidi pula melihat penubuhan polis bantuan sebagai salah satu daripada pendekatan syarikat untuk mengukuhkan tahap keselamatan pada semua peringkat dan projek bandar baharu Sime Darby di masa hadapan, dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk komuniti.
"Kumpulan pertama terdiri daripada 32 kakitangan, akan dihantar ke beberapa bandar dan projek pembangunan terpilih untuk masa ini dan kami merancang untuk membesarkan lagi unit ini dengan kakitangan terlatih ditempatkan di seluruh bandar dibangunkan kami nanti," katanya.
Sumber: mStar