Saintis Dakwa Temui Hobbit Di Gua Usia 700,000 Tahun


FLORES – Para saintis mengemukakan penemuan fosil terbaharu di Indonesia, yang didakwa telah membongkar sejarah nenek moyang dari susur galur ‘Hobbit’ yang kini telah pupus, selepas usaha pencarian lebih 10 tahun.


Hobbit yang mempunyai ketinggian lebih rendah daripada manusia, pada umumnya ditemui selepas penelitian lebih dari satu dekad.

Fosil Hobbit ditemui di sebuah gua dengan usianya dianggarkan kira-kira 700,000 tahun.


Pada 2014 saintis mengemukakan enam gigi dan serpihan rahang yang ditemui kira-kira 46 batu dari gua di mana sisa-sisa Hobbit pertama ditemui.

Penemuan ini dijelaskan dalam dua makalah yang dikeluarkan jurnal Nature pada Rabu lalu. – Kedahnews.com