Sami kontroversi, Phra Dammachayo |
BANGKOK – Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha semalam menggesa supaya sami yang dikehendaki pihak berkuasa Thai supaya menyerah diri bagi mengakhiri semua kemelut yang berlaku.
Mengulas mengenai kegagalan operasi Jabatan Siasatan Khas Khamis lalu untuk menahan sami kontroversi, Phra Dammachayo, Prayut berkata, dia lambat laun akan ditangkap juga.
“Langkah pengadilan ada tahapnya. Apabila tiba masa untuk dia (Phra) ditangkap, dia akan ditangkap. Tetapi buat masa ini, pihak berkuasa enggan bertindak bagi mengelak kekacauan,” katanya.
Sami berkenaan menghadapi lima tuduhan pengubahan wang haram dan mengumpulkan kekayaan menerusi jalan yang salah. – Agensi