SEPERTI diketahui umum, rumah tangga yang dibina Sari Yanti bersama ahli perniagaan Mohd Edy Casmadi pada 16 Januari 2009 tidak berjaya dipertahankan apabila mereka akhirnya bercerai pada Disember 2014.
Mengulas tentang kehidupannya selepas bercerai, Sari mengakui ia merupakan pengajaran dalam hidup yang telah mematangkannya.
Tambahnya dari awal perceraian sehingga kini dia masih belum terfikir untuk mencari ganti kerana sibuk menguruskan anaknya.
“Saya sibuk membesarkan anak dan bekerja, membuatkan saya tidak terfikir unutk mencari pengganti. Lagipun saya juga tidak pasti adakah saya sudah bersedia untuk berkahwin lagi. Tetapi saya tidak menolak jika ada yang ingin berkenalan.
“Saya mahu jodoh hadir dengan sendiri dan saya serahnya semuanya kepada Yang Maha Esa. Sebenarnya, buat masa ini, kahwin bukanlah satu kepentingan bagi saya kerana saya sudah melaluinya.
“Saya mahu fokus untuk membesarkan anak,” katanya, memetik Harian Metro.
Sari mengakui hidupnya berasa sunyi tetapi dia yakin dengan takdir yang telah ditulis untuknya.
“Siapa tak sunyi hidup bersendirian? Pernah juga terlintas bilakah saya akan berkahwin selepas melihat kawan-kawan berkahwin. Saya percaya masa itu akan tiba kerana jodoh itu rahsia Tuhan,” katanya. -Kedahnews.com