PELAKON cantik Sari Yanti yang kini berstatus solo masih lagi belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan bekas suaminya.
Pemilik nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, bercerai dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 2014 berkata, dia kini selesa dengan kehidupannya selain mahu memberi fokus dalam membesarkan anak-anak dan kerjaya seninya.
“Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.
“Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya kepada sebuah portal akhbar.
Pelakon kecil molek ini berkahwin pada Januari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al Aliy, 6 dan Dasit Al Haq, 4.
Namun aktres berusia 32 tahun ini tidak menafikan terbitnya perasaan sunyi apabila bergelar seorang janda dan pernah terfikir untuk kembali merasai alam rumah tangga. Bagaimanapun dia menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Allah.
“Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai.
“Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.
“Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Sari Yanti bakal muncul dalam sebuah drama Lip Lap Raya bergandingan dengan Daler Yusof terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd. -Kedahnews.com