Fida Ibrahim |
FIDA Ibrahim mengakui sukar untuk menemui kekasih hati dan mendirikan rumah tangga walaupun perniagaannya sedang berkembang maju.
Dia berasakan status sebagai usahawan berjaya menyebabkan lelaki semakin takut untuk mendekatinya.
“Masa Fida sangat terhad sekarang. Fida tidak mahu bercinta dan membuang masa. Disebabkan Fida terlalu sibuk, Fida tak mahu ada pihak yang terasa jika terlalu lama bercinta.
“Ada yang kata dah berjaya senanglah nak dapat teman hidup tetapi untuk Fida, makin susah orang nak dekat dengan kita.
“Kali ini saya tidak tunggu orang meminang, jika saya berkawan dan ada yang sesuai serta mampu bimbing dunia akhirat, saya akan meminangnya agar berkahwin dengan saya.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa, asalkan tidak melanggar batas. Rasulullah juga pernah dipinang oleh Siti Khadijah,” katanya, memetik Projek MMO.
Fida berkata tindakan tersebut bukanlah kerana terdesak mahu berkahwin kerana dia juga sedang sibuk menguruskan perniagaannya tetapi dia tidak mahu membuang masa jika sudah berjumpa dengan pilihan hati.
Pelantun lagu Apo Kono Eh Jang bersama AC Mizal ini telah membuka sebuah kilang pembungkusan serum dari Korea Selatan yang dibekalkan kepada syarikat tempatan.
Fida juga bercadang untuk menghasilkan produknya sendiri tidak lama lagi. –Kedahnews.com