Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad |
KUALA LUMPUR – Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada kali ini.
Sebaliknya beliau bersetuju untuk mewakili PAS sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan demi memenuhi pujukan parti itu.
“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk menjadi pekerja, tetapi di saat akhir, tiba-tiba jemaah meminta untuk jadi calon.
“Saya langsung tidak menyangka dan terpaksa dipujuk dan memujuk orang-orang di kiri kanan saya,” dedahnya dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di laman media sosial rasmi PAS hari ini.
Najihatussalehah menyerahkan borang pencalonan bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar kira-kira pukul 9 pagi di pusat penamaan calon semalam.
PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
BN meletakkan Datin Mastura Mohd. Yazid. yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Allhayrham Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Wan Mohammad maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Parti Amanah Negara (PAN) pula meletakkan Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Prof Dr. Ahmad Termizi Ramli sebagai calon dan calon Bebas pula Izat Bukhary Ismail Bukhary. – Kedahnews.com