Saya Yang Jaga Anak Dari Hari Pertama – Elly Mazlein

AKTRES dan penyanyi, Elly Mazlien mengakui akan membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak lama lagi bagi mendapatkan keputusan yang sah untuk menjaga anaknya.

Ini kerana dia atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, menginginkan masa depan yang terbaik untuk diri dan anaknya, Putri Sara Sefhia.

Sebelum ini, Elly mengesahkan dia sudah bercerai dengan Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu setelah setahun mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, perceraian tersebut hanya dimaklumkan kepada media selepas kelahiran anak pertamanya dan menurut Elly, dia tidak mahu memberikan penjelasan berkaitan punca perpisahan mereka kerana mahu menjaga aib Azmi yang pernah hadir dalam hidupnya.

Sementara itu, Elly menegaskan bahawa sebagai ibu, dia merupakan insan yang paling layak untuk mendapat hak penjagaan penuh anaknya itu.

Pelantun lagu Ku Berkasih Pada Yang Tiada ini turut menyatakan bahawa tindakan memohon hak penjagaan penuh itu merupakan cara untuk menghalang bekas suaminya daripada menuntut hak penjagaan sama rata di masa akan datang.

“Saya yang menjaga anak dari hari pertama sehingga kini, jadi saya mahukan hitam putih supaya esok hari jangan ada hal yang berbangkiit. Masing-masing sudah besar, jadi fikirlah sendiri.

“Rezeki saya lebih melimpah sekarang, mungkin menumpang rezeki anak, Alhamdulillah.

“Sekarang saya gunakan khidmat nurse untuk menjaga anak saya kerana saya mahukan yang terbaik baginya,” katanya kepada Media Hiburan.

Putri Sara Sefhia.
Elly juga tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan orang ramai yang memandangan negatif inisiatifnya mengambil pembantu untuk menjaga anak kerana baginya, dia hanya mahu berfikiran positif dengan keputusan itu. –Kedahnews.com