Serik Kontroversi, Janna Nick Kini Kawal Tutur Kata

Janna Nick
PELAKON baru Janna Nick yang sering terpalit dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini berkata, dia sekarang lebih berwaspada dalam setiap tutur katanya.

“Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita,” katanya.

Menurut Janna, kerana kontroversi yang berlaku, dia kini lebih mengenali siapa lawan atau kawan.

“Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh,” ujarnya kepada sebuah portal.

Terdahulu Janna dihimpit kontroversi dituduh menghasut seorang pengarah tempatan untuk menggugurkan nama pelakon baharu Ruhainies dari sebuah filem.


Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 21, berkata, dia masih belum berkesempatan bersua muka dengan Ruhainies untuk menjernihkan keaadaan diantara mereka.

“Kalau dia beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah.

“Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing,” jelasnya.

Perkembangan terbaharu, Janna dan Hafidz Roshdi kini menjadi duta untuk F&N bersempena kempen Hari Raya Aidilfitri dan bakal muncul dalam video khas F&N Syukur Selalu di media sosial. -Kedahnews.com