Sharifah Shahora "Pasang" Badan Untuk Pikat Suami

Shahora bersama suaminya, Raja Mukhriz kini semakin bahagia.
SEBELUM ini, rumah tangga pelakon Sharifah Shahora dikatakan pernah mengalami keretakan akibat kehadiran wanita ketiga.

Namun kini, aktres itu mengakui sedang menjaga badannya untuk mengelak perkara sama berulang sekali lagi.

“Alhamdulillah kini rumah tangga kami kembali tenang dan kami semakin bahagia. Kini saya rajin menjaga badan untuk suami tercinta.

“Sebagai seorang isteri, saya perlu memainkan peranan dalan memikat suami supaya rumah tangga lebih bahagia dan perkara silam tidak berulang,” katanya, memetik mStar.

Tambah Shahora, dia tidak berpeluang untuk berpuasa bersama suaminya, Raja Mukhriz pada Ramadan kali ini kerana suaminya terlibat dalam penggambaran tetapi perkara itu membuatkan mereka semakin rapat.

“Dulu nak hantar mesej pun susah, tetapi sekarang sejam sekali kalau boleh nak tanya khabar, nak hantar gambar. Walaupun kami jauh, saya berasa dekat pula dengan suami.

“Sudah hampir dua bulan dia terlibat dengan penggambaran sebuah dokumentari, dia akan kembali pada hari raya nanti, Insha-Allah,” katanya. –Kedahnews.com