Keadaan lengang menunjukkan bilangan pengunjung berkurangan semasa tinjauan Sinar Harian di sebuah pusat membeli-belah di bandar Sungai Petani. |
SUNGAI PETANI - Jumlah kehadiran pengunjung yang hadir ke pusat membeli-belah semalam, dilihat berkurangan biarpun hari pertama Ramadan adalah hari cuti umum bagi negeri Kedah.
Seorang pekerja butik pakaian, Atirah Rosli, 18, berkata, selalunya orang ramai sudah mulai berpusu-pusu untuk mengisi masa terluang mahupun mendapatkan barangan pilihan masing-masing setiap kali cuti umum.
“Namun, keadaannya sedikit berbeza pada hari ini memandangkan suasana agak lengang daripada biasa,” katanya.
M Lectucmi, 24, pula berkata, cuti umum 1 Ramadan jatuh pada Isnin dan bukannya hujung minggu yang selalunya menerima kehadiran pengunjung jauh lebih ramai di pusat membeli-belah, jadi jumlah kehadiran pengunjung semalam adalah seperti kebiasaan.
Namun, lain pendapat daripada kakitangan awam, Asmah Abd Halim, 54, yang menjelaskan dia mengambil peluang hari cuti umum untuk bersama keluarga berkunjung ke pusat membeli-belah.
“Disebabkan hari ini cuti, bolehlah bersama keluarga dan anak-anak menemani mereka mendapatkan barangan yang dikehendaki,” katanya menjelaskan hari pertama berpuasa tidak menghalang mereka sekeluarga melakukan tugas harian seperti biasa, termasuk aktiviti luar rumah bersama.
Kebiasaannya pada cuti hujung minggu atau cuti umum, orang ramai mulai membanjiri pusat membeli-belah sejak ia mula dibuka dan bilangan pengunjung semakin bertambah sekitar jam 12 tengah hari serta meningkat bilangannya pada sebelah petang.
Bagaimanapun, tinjauan media pada jam 12 tengah hari semalam mendapati, beberapa pasar raya di daerah ini lengang dengan jumlah pengunjung dikatakan berkurangan.
Sumber: Sinar Harian