KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) membuat permohonan maaf awal kepada orang ramai berikutan sistem dalam talian (online) syarikat itu dijangka tidak akan dapat diakses selama dua hari pada 21 dan 22 Jun ini.
AirASia dalam satu kenyataan media memberitahu, sistem online syarikat itu bakal tergendala ekoran AirAsia akan menjalankan penyelenggaraan berjadual bagi sistem online syarikat penerbangan tersebut.
“Semasa penyelenggaraan dijalankan, para tetamu tidak akan dapat mendaftar masuk secara online atau mengakses fungsi Urus Tempahan Saya di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.
“Kiosk di lapangan terbang juga akan tergendala. Selain itu, tetamu juga tidak akan dapat membuat tempahan penerbangan,” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X akan beroperasi seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem online.
Justeru, AirAsia meminta penumpangnya yang akan melakukan penerbangan semasa tempoh penyelenggaraan sistem online itu dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara online serta melakukan sebarang pembelian tambahan dan mencetak pas masuk mereka lebih awal.
Kata AirAsia, mereka yang ingin mendaftar masuk dan mendaftar masuk bagasi mereka di kaunter lapangan terbang digalakkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan kerana dijangkakan tetamu terpaksa beratur panjang di kaunter.
“Bayaran daftar masuk kaunter akan dikecualikan dalam tempoh ini. Untuk sebarang pertanyaan, para tetamu boleh menghubungi kumpulan syarikat penerbangan tersebut melalui saluran khidmat pelanggan Twitter @askairasia dan Live Chat di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page,” kata kenyataan itu lagi. –Kedahnews.com