Siti Berniqab Di Tanah Suci Elak Ibadah Diganggu Peminat


PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Muhd. Jiwa telah berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah sejak 25 Jun lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 4 Julai nanti.

Siti dan suami kini telah selamat tiba di sana serta sedang menjalani ibadah itu menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan menerusi laman sosial miliknya.

Namun, sekeping foto Siti memakai niqab telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminatnya dan juga netizen.

Rata-rata netizen memuji keayuan penyanyi itu ketika berniqab. Walau bagaimanapun, ada sahaja pihak yang tidak menyenangi dan mempersoalkan tujuan Siti mengenakan niqab.

Bagi menjawab persoalan itu, Siti menyatakan tujuan dia berniqab adalah kerana ingin fokus beribadat dan tidak mahu ibadatnya terganggu dengan kehadiran peminat-peminatnya.


Seorang netizen amreysz berkata: “Dato Siti fokus dengan ibadat jer ok.. Tak payah fikir benda yang tak penting… In shaa Allah pasti termakbul doa Mak iti, semoga bertemu malam Lailatul Qadar Amin.”

Foto Siti memakai niqab di tanah suci itu telah menerima lebih daripada  32.5 ribu tanda likes setelah dimuat naik di Instagram sejak sehari lalu. –Kedahnews.com