David de Gea |
Akhbar Sepanyol, El Diario melaporkan seorang saksi menyebut nama De Gea dan bekas rakan sepasukan Bawah 21 Tahun, Iker Muniain kini dalam siasatan polis Sepanyol.
Menurut mangsa berkata, dia telah mengalami penganiayaan seksual oleh dua pemain bola sepak di hotel Madrid pada tahun 2012.
Namun mengakui De Gea salah bukan seorang daripada pemain itu,walaupun dia dikaitkan sebagai pengatur pertemuan tersebut.
"Abaikan cerita itu. Ia semua palsu, bohong," jelas De Gea ketika sidang media pada Jumaat.
Sementara itu, bukti De Gea berhubung menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan seorang wanita Ignacio Allende Fernandez atau lebih dikenali Torbe yang menguruskan sindiket pelacuran turut didedahkan.
Butir-butir perbualan De Gea dengan salah seorang wanita yang tidak didedah namanya. |
Menurut saksi yang menyerahkan bukti SMS itu mendapati De Dea cuba menguruskan tarikh untuk mendapatkan pelacur bagi dua pemain bola sepak.
Malah De Gea juga dituduh cuba mendapatkan pelacur untuk lima orang rakannya di Manchester United.
Mereka memberitahu agar menutup mulut dengan apa yang berlaku itu.
Walaupun dicalit kontroversi, De Gea masih bersama skuad Sepanyol menjelang perlawanan menentang Republic Czech bagi aksi Kumpulan C Isnin ini.
Sumber: mStar