Solekan Ngeri Viral Popular Seluruh Dunia


Pasangan dari Sweden ini meraih populariti dalam YouTube selepas mempamerkan tutorial helah tersendiri langkah demi langkah membuat solekan ngeri tidak ubah seperti watak filem seram.

Ellinor Rosander, 21 dan penerbit berbakat Macs Moser, 40, merakam video dan mencipta rupa raksasa yang kebanyakannya diilhamkan filem seram klasik.
Video itu kemudian didedahkan kepada orang ramai supaya boleh meniru rupa itu menggunakan barangan yang boleh didapati di dapur sendiri saja.


Terkenal dengan kesan khas ngeri itu, saluran YouTube yang ditubuhkan mereka kini kini mempunyai lebih 460,000 pengikut.

Moser berkata: “Saluran itu sebenarnya diwujudkan secara tidak sengaja. Seorang rakan Ellinor ditempah untuk menyolek dalam satu penggambaran di studio saya pada Februari 2013.

“Malangnya, dia tidak dapat hadir jadi Ellinor diminta menggantikannya dan di situlah kami berkenalan. Beberapa bulan kemudian saya kebetulan merakamnya membuat solekan zombi.”

Tutorial yang dimuat naik ke YouTube meraih 5,000 tontonan dalam satu malam. Antara video lain ialah luka berlumuran berdarah, selain watak terkenal seperti Voldemort dari filem Harry Potter, The Terminator dan Donald Trump.


Katanya, paling mencabar adalah mencari produk murah dan mudah, dan Ellinor sekadar menggunakan barangan biasa seperti kertas tisu untuk menghasilkan ‘topeng.’

“Kami sering menerima e-mel daripada orang ramai yang memberitahu video kami mengubah hidup dan memberi makna baru dengan memperkenalkan mereka kepada dunia kesan khas. Malah, ada yang mula belajar menjadi jurusolek kesan khas,” kata Moser. -Agensi