Suhaizan Kecam Ulama PAS Tak Jawab Salam Di Kuala Kangsar

Suhaizan Kaiat
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menuduh pimpinan PAS tidak menonjolkan ajaran Islam sebenar dalam berpolitik.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu terbukti melalui sikap yang ditunjukkan oleh ulama PAS, Sidek Mohd. Nor hari ini.

“Ustaz Sidek Nor (Ketua Dewan Ulama PAS Perak) tidak mahu menjawab tiga kali salam Ustaz Ahmad Awang (Penasihat Umum PAN) semasa penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Apakah ini ajaran Islam sebenar?” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, PAN dan Bebas.

BN meletakkan Datin Mastura Mohd. Yazid yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Allhayrham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Wan Mohammad maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Parti Amanah Negara (PAN) pula meletakkan Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Prof Dr. Ahmad Termizi Ramli sebagai calon dan calon Bebas pula Izat Bukhary Ismail Bukhary. -Kedahnews.com