Sharifah Sakinah |
BARU-BARU ini, Chef Anis Nabilah menggunakan ayat ‘massage ayam’ ketika meminta pelakon Sharifah Sakinah membantunya melumurkan ayam mentah dengan kunyit sebelum dibakar.
Chef Anis memberitahu maksud ‘massage ayam’ itu adalah proses melumur yang perlu dilakukan dengan cara mengurut.
Menerusi episod 5 Eat Clean With Anis, Sakinah yang menjadi tetamu undangan, terpaksa melakukan perkara tersebut kerana tidak pandai memasak selain takut dengan api dapur.
Selain sudah lama tidak memasak, Sakinah juga ‘kantoi’ tidak pernah kenal serai serta bahan masakan lain, menyebabkan Chef Anis ketawa melihat gelagatnya itu.
“Dia akui teruja dan tidak menyangka berjaya membantu memasak dua menu popular di bulan Ramadan iaitu Bubur Lambuk Oat dan Ayam Percik,” katanya.
Namun, Chef Anis dan Sakinah memasak menu yang semestinya menyelerakan, berkhasiat dan mampu memberi tenaga yang secukupnya sebagai juadah berbuka puasa. – Kedahnews.com