Takziah Dari PM Buat Famili Arwah Dollah Kok Lanas

Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas yang meninggal dunia hari ini.

Abdullah, 79, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, iaitu ayahanda Najib.

“Saya terima berita sedih bahawa Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih mesra Dollah Kok Lanas, telah pulang ke rahmatullah.

“Allahyarham amat rapat dengan arwah ayahanda Tun Razak dan keluarga saya. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Facebook.

Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.15 tengah hari tadi dipercayai akibat kanser.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Fauziah Mohamed Darus dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Addha Amir, 47; dan Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Didi, 45. – BERNAMA