PIHAK berkuasa hidupan liar Thailand mula mengeluarkan sebahagian daripada 137 harimau di sebuah kuil Buddha susulan tuduhan sami di situ terbabit dalam pembiakan haram dan penyeludupan haiwan.
Portal Aljazeera melaporkan, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP) bertegas mahu menyelamatkan lebih banyak harimau dari kuil yang terletak di daerah Kanchanaburi, sebelah barat Bangkok itu.
Difahamkan, kuil yang dibina pada 1994 itu pada mulanya hanya mempunyai seekor harimau setelah dihadiahkan oleh penduduk pada 1999.
.

Pengunjung pada tahun 2015 bergambar dengan harimau jinak di kuil berkenaan. |
Tanya, petugas sukarela di kuil berkenaan sejak 2010. |
Menjelang 2001, tujuh ekor harimau lagi telah ditambah sehinggalah 2016, kuil itu menyimpan hampir 150 ekor harimau yang dijadikan bahan tarikan untuk disentuh dan diambil gambar oleh pengunjung.
Walaupun dipromosi sebagai tempat ‘suci’, kuil itu sudah lama disiasat pihak berkuasa kerana disyaki ada kaitan dengan sindiket penyeludupan dan penganiayaan haiwan liar.
Aktivis hidupan liar selama ini mendakwa kumpulan sami di kuil itu membiakkan harimau secara haram, manakala sesetengah pengunjung mendakwa semua mamalia itu seperti sengaja diberi makan dadah untuk menenangkannya. Namun pihak kuil tegas menafikan.
Thailand dikenal pasti sebagai hab sindiket penyeludupan pelbagai jenis haiwan liar dan eksotik untuk memenuhi permintaan pasaran gelap dunia.
Walaupun terdapat undang-undang perlindungan berkaitan haiwan liar di Thailand, kumpulan aktivis mendakwa penguatkuasaannya sangat lemah. -Kedahnews.com