Terkini: Bekas Calon PKR Di PRN Sarawak Maut Ditembak Dari Jarak Dekat


Bekas calon PKR di Dun Bekenu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Bill Kayong ditemui mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri, sebentar tadi.

Adun Machang Bubuk Lee KHai Loon antara yang terawal mengesahkan kematian Setiausaha PKR Cabang Miri itu menerusi Facebook miliknya.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shipping Mall di Senadin, Miri.

"Maklumat lanjut dan kenyataan rasmi parti menyusul. Sila hubungi pihak PDRM di Miri untuk maklumat terperinci," tulis beliau.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa turut menulis tentang kejadian tragis ini di dinding Facebook miliknya. Tulis beliau:

"Dukacita dimaklumkan, bekas calon PKR Bekenu Sdr Bill Kayong dilaporkan telah mati akibat ditembak di Miri pada jam 9 pagi tadi. Berita ini amat memeranjatkan bagi semua pihak. Ini merupakan satu kehilangan besar kepada Pakatan Harapan.

"Mendiang merupakan seorang pejuang anak muda yang tergas, dedikasi dan berani dalam menegakkan keadilan. Salam takziah kepada keluarga mendiang Bill Kayong dan diharapkan keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini." 

Menurut maklumat awal yang tersebar menerusi laman sosial, Bill dikatakan telah ditembak dari jarak dekat di sebuah simpang lampu isyarat dan tembaka menembusi cermin kenderaan sebelah pemandu kereta yang dinaikinya.


Hingga kini maklumat lanjut beserta pengesahan daripada pihak polis masih dinantikan, dan difahamkan pihak berkuasa masih menyiasat motif sebenar pembunuhan tersebut. – Kedahnews.com