Tersentuh Ibu Kucing Cuba Kejutkan Anak Mati Dibunuh


DI zaman ini naluri keibuan sayangkan darah daging sendiri, kadang-kadang lebih jelas terpamer pada haiwan berbanding manusia.

Itulah yang ditunjukkan oleh seekor ibu kucing yang kehilangan dua anaknya selepas dibunuh individu tidak bertanggungjawab di Shanghai, China baru-baru ini.

Melihat keadaan dua anaknya yang kaku tidak bergerak, si ibu sedaya upaya cuba ‘mengejutkan’ anaknya dengan menjilat dan membelai mereka.
.
cat3
cat1
cat4
cat2

Namun itu semua tidak memungkinkan anaknya hidup kembali walaupun terdapat mitos kononnya kucing mempunyai sembilan nyawa.

Bangkai anak kucing itu kemudiannya ditanam di lokasi berhampiran oleh seorang wanita tua dikenali sebagai Yang yang tinggal berhampiran.

Menurut Yang, seekor daripada anak kucing itu dikelar di bahagian leher manakala seekor lagi ditikam di perut.

Pemandangan menyedihkan ini dirakam seorang pengguna jalan raya di situ yang kemudian berkongsikannya di laman sosial. –Kedahnews.com